Thursday, 8 December 2011

Jenis-jenis rumah

Mengikut reka bentuk dan bahan pembinaan rumah, rumah yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Rumah Tradisional
Rumah tradisional biasanya dibina di kawasan kampung. Bahan pembinaan rumah tradisional adalah kayu dan daun atap. Jadi, rumah ini juga dikenali sebagai rumah atap. Selain daripada rumah atap, rumah panjang yang terdapat di Sabah dan Sarawak juga merupakan rumah tradisional.Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan merupakan sejenis rumah tradisional yang unik dari segi reka bentuknya.

Rumah Moden
Rumah moden seperti rumah teres, rumah pangsa, kondominium dan banglo.

Thursday, 1 December 2011

Reka bentuk rumah

Reka bentuk rumah pada awal tamadun sehingga sekarang telah mengalami perubahan. Perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
  • latar belakang sejarah
Rumah Melayu yang dibina di tepi sungai direka berkaki tinggi supaya tidak mengalami banjir. Pada Zaman Penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris, reka bentuk rumah juga dipengaruhi.
rumah Melayu   
  • geografi
Nelayan yang tinggal rumah atas air adalah dibuat daripada buluh, tali dan daun kering dijadikan bumbung atap.
rumah atas air
  • keselamatan
Rumah di Jepun biasanya dibina daripada buluh dan kertas supaya tidak cedera semasa gempa bumi. Manakala rumah di Arab Saudi dibina dengan bentuk dinding tebal dan tingkap kecil.
rumah Jepun
  • kerumitan penduduk
kerumitan penduduk yang berlaku di bandar menyebabkan banyak rumah pangsa dan kondominium dibina.
rumah pangsa

Wednesday, 30 November 2011

Tamadun awal manusia

Semua benda hidup mempunyai tempat tinggal. Manusia juga sama. Pada Zaman Purba, manusia tinggal di dalam gua. Gua menjadi tempat tinggal manusia kerana mereka tidak mampu membina rumah pada zaman itu. Manusia tinggal dalam gua dapat terlindung daripada hujan, cahaya matahari dan juga serangan daripada manusia. Selain daripada gua, manusia pada zaman awal juga tinggal di dataran dan tepi sungai kerana senang untuk mendapat sumber air. Akhirnya, manusia belajar menanam dan berkebun, mereka pun tinggal di tepi sungai untuk mendapat sumber air dan juga menangkap ikan.